Here below is an extract from the blog of the Chief Minister of Malacca, Mohd. Ali Rustam, and below is my comments on his thoughts.
Pengantin lama, pengantin baru
BEBERAPA hari lepas kerajaan Selangor dan Perak menonjolkan ‘keprihatinan’
mereka dengan mengumumkan pemberian bantuan kepada rakyatnya. Di Perak
misalnya, kerajaan negeri bercadang mahu menaikkan sewa tanah bagi kampung-kampung baru di negeri itu.
Tetapi mereka lupa bahawa semua yang dilakukan itu sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN. Di Melaka sendiri, perkara tersebut sudah lama dilaksanakan iaitu semenjak saya mengambil alih sebagai Ketua Menteri. Jika dahulu lease tanah ialah 30 atau 60 tahun, tetapi kini semuanya 99 tahun. Saya sudah mengambil tindakan lebih awal.Begitu juga dengan langkah kerajaan Perak yang membayar RM1 untuk rumah ibadah, juga sudah dilaksanakan di Melaka iaitu selepas pilihan raya umum 2004 lalu. Apa yang mereka buat semuanya BN sudah lakukan. Cuma kerajaan baru, jadi
mereka baru hendak sebut. Macam pengantin baru, kita pengantin lama buat seperti itu juga, cuma pengantin lama orang tidak peduli.
Begitu juga dengan rungutan guru agama. Saya percaya guru agama di Melaka adalah yang terbaik di Malaysia. Gaji mereka dari RM1,089 hingga RM2000. Di Pulau Pinang mereka mendapat RM500 dan kerajaan baru menambahRM50 lagi. Apa ada pada RM50 sedangkan di Melaka sudah membuat penambahan sejak 3-4 tahun lalu. Rakyat tidak tahu sebab itu tidak ditayangkan di dalam TV.
Oleh sebab Lim Guan Eng pengantin baru, maka dia bagi RM50 pun boleh keluar TV. Tetapi RM500 ditambah RM50 baru RM550. Sedangkan di Melaka, guru agama yang serupa mendapat RM1,089 hingga RM2000. Kalau kelulusan SPM tetapi tidak
mendapat sijil penuh kerana gagal dalam Bahasa Malaysia, mereka masih mendapat RM750, jauh lebih baik dari guru agama yang Guan Eng naikkan RM50 ataupun di
Kelantan yang diperintah Pas sejak beberapa tahun lalu, yang elaun guru agamanya hanya RM500.
Tetapi itu semua tidak keluar TV sebab saya pengantin lama tetapi pengantin baru, naik RM50 pun keluar TV. Kalau itu semua ditayangkan, mana lebih baik sama ada BN di Melaka, Pas di Kelantan atau DAP di Pulau Pinang yang baru sebulan tubuh
kerajaan.
Inilah nasib pengantin lama…
- Firstly, the CM is wrong to compare the 2 states as we cannot compare an apple to an orange.
- Secondly, if the CM is so proud to say that it was Barisan Nasional's idea, then WHY THE HELL DIDN'T BARISAN NASIONAL IMPLEMENT THOSE POLICIES WHEN PENANG WAS UNDER BARISAN NASIONAL? Now all they do is to complain, compare, argue and accuse the opposition party for trying to run their states.
signing off,
shaun^^
0 comments:
Post a Comment